Suatu hari Atan disuruh ibunya pergi membeli tekur di kedai mamak. Disebabkan tayar basikalnya pancit, Atan terpaksa pergi dengan berjalan kaki. Jauhnya lebih kurang 1 km jer.
Dipertengahan jalan tiba...tiba.....Kreetttttt!!!! Gedeganggggggggg!!!! berlaku satu kemalangan ngeri di simpang 4, tak berapa jauh dari tempat Atan berada. Atan pun berlari ke tempat kemalangan itu. Atan terkejut, memang cukup mengerikan bila sebuah motosikal bertembung dengan lori pasir. Motosikal itu hancur dilenyek lori, penunggangnya terpelanting di tengah jalan dan toli keledar tercampak.
Selepas dekat sejam melihat kemalangan tersebut, Atan berlari balik tanpa pergi ke kedai mamak membeli telur seperi yang disuruh oleh emaknya tadi. Dirumah, Atan dengan penuh semangat menceritakan kepada ibunya tentang kemalangan tadik.
"Emak tau...budak yang bawak motor tuh terpelanting atas jalan. Pas tuh darah dia bersepah tau mak. Kepala dia pecah, otak terburai. Sebelah mata budak tuh terjojol yang sebelah lagi pecah mak....eiii geliii..." Selepas itu Atan menceritakan pula pasal tangan penunggang motosikal itu yang putus tercampak atas tanah. "kesian mak..perut dia terburai, nampak usus. Kaki dia pun terpeleot, seluar koyak, tempurung lutut tercabut mak. Yang kesiannya mak, paha dia dua-dua pecah, nampak tulang. Punggung dia pun pecah, nam...."
Belum pun sempat Atan abis kan cerita, ibunya yang sejak tadi diam tak berkata apa-apa, terus bertanya dengan suara keras. "Habis tuh...telurnya mana???!!!"
Atan garu kepala...."Er....telur? Isyhh....Atan tak nampak pulak...terpelanting jugak kot"?!