Selepas memerintah sejak 1876, akhirnya Sultan Abdul Hamid II jatuh dari takhta nya. Itu pun setelah dipaksa turun oleh kudeta tentera pada 1909. Sultan yang dibenci rakyat ini dibuang ke Tesalonika, Rom. Takhta Empayar Uthmaniah digantikan oleh Sultan Muhammad Resyad (Mehmad V).
Beberapa tahun selepas kejatuhan Sultan Abdul Hamid II, kerajaan negara itu menganjurkan satu eksplorasi sepanjang Selat Bosphorus yang terletak berhampiran istana raja. Ramai pelayar dan penyelam menyertainya.
Dalam kemeriahan eksplorasi itu, beberapa orang penyelam yang sedang beriadah dan menikmati keindahan Selat Bosphorus terkejut apabila menjumpai karung-karung besar di dasarnya. Apabila karung itu dibuka, mereka sekali lagi tersentak kerana di dalamnya terdapat wanita yang masih sempurna keadaannya!
Menurut penyelam-penyelam itu, wanita berkenaan ditemui dalam keadaan berdiri dan bergoyang-goyang apabila dibadai ombak selat seolah-olah mereka masih hidup. Rambut mereka mengerbang dan beralun-alun manakala mata sesetengahnya masih membulat seperti sedang memandang sesuatu yang menakutkan. Didalam karung yang membungkus wanita-wanita tadi terdapat ketulan batu-batu besar.
Siapakah wanita-wanita cantik itu? Tidak lain tidak bukan, gundik Sultan Abdul Hamid II yang dihukum bunuh kerana dipercayai curang! Semasa masih berkuasa, Sultan Abdul Hamid II sangat terkenal dengan sikap buruknya yang suka menyimpan gundik. Apabila mendapati gundik bermain kayu tiga, wanita-wanita itu akan dimasukkan ke dalam karung besar berisi batu, lalu dicampak dari tebing istana ke dalam Selat Bosphorus yang memisahkan benua Asia dan Eropah.
Keadaan yang hampir sama berlaku di Devil Lake, Republik Czech. Pada 1957, usaha mencari seorang lelaki yang lemas di dalam tasik itu bukan sekadar menemui satu mayat, malah satu ketumbukan tentera artileri Jerman bersama kuda dan sebuah trak. Kesemua tentera itu masih lengkap beruniform, ada yang masih duduk di dalam trak dan ada juga yang duduk di atas bekas peluru.
Selain itu, terdapat juga tentera yang duduk di atas kuda seolah-olah sedang memacunya. Tubuh dan pakaian merka masih elok seperti baru beberapa hari lemas. Gerombolan tentera itu seakan-akan sedang bersiap sedia untuk pergi berperang.
Rekod tentera menunjukkan semasa musim Perang Dunia Kedua, pasukan tentera bersama kuda dan trak itu cuba menyeberangi Devils Lake bagi menyelamatkan diri daripada serangan tentera Rusia. Bagaimanapun, akibat terlalu berat kepingan ais di permukaan tasik telah pecah menyebabkan kesemua mereka terhumban ke dalam tasik dan lemas. Suhu air yang terlalu sejuk dan tasik yang dalam telah mengawetkan mayat serta bangkai kuda tadik sehingga ditemui 12 tahun kemudian!
Saturday, November 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment