skip to main |
skip to sidebar
FAKTA MENARIK TENTANG FILEM TAMIL
- Heronya langsung tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk dan dipukul bertalu-talu oleh musuhnya, tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya itu, terus je...."adih....adiihhhh!"
- Hero tidak boleh jatuh cinta pada heroin (begitu lah sebaliknya) kecuali selepas mereka menari di dalam hujan! Romantis nyer.....
- Selepas disapu ke muka, mekap heroin takkan luntur sekalipun badannya basah kuyup ditimpa hujan dan ribut petir...ntah apa lah jenama mekap diorang pakai kan?
- Sepasang kekasih menari di tengah padang yang luas terbentang, tapi ehh...ehh...tiba-tiba saja ada 100 orang lelaki dan perempuan muncul di belakang mereka, terus menari mengikut rentak dan gerak yang sama. Misteri betul...dari mana pulak 100 org nih datang ek?
- Di akhir filem, sang hero mendapati penyangak yang dimusuhinya selama ini adalah abangya sendiri, org gaji yang memanjakannya adalah emaknya, ketua inspektor polis (inspektor sahab) adalah bapanya, pendakwa raya itu sepupunya, hakim adalah bapa sedaranya dan begitulah seterusnya...seterusnya...seterusnya....
- Dalam setiap filem mesti sebut perkataan-perkataan inggeris ini, iaitu 'no problem!', 'my God!', 'get out!', 'shut-up!', 'impossible!', 'please forgive me!' Dan perkataan2 itu mesti disebut dengan kuat.
- Sepasang kekasih boleh bergolek-golek-golek-golek dan golek lagi di atas tanah sambil bernyanyi tapi tak rasa pening pulak kan pas tuh siap bangun tiba-tiba dengan pakaian yang lain pulak!
- Mereka boleh berlari keliling pokok kepala, berkejar-kejaran di atas bukit sambil menyanyi, bertentang mata, menjeling-jeling dan tukar pakaian dalam waktu yang cukup singkat tanpa menunjukkan rasa penat!
0 comments:
Post a Comment