Saturday, November 15, 2008

Korang tau tak??

  • Orang pertama sekali berlayar mengelilingi dunia secara berseorangan iala Joshua Slocum. Dia melakukannya pada usia 51 tahun apabila meninggalkan Pelabuhan Newport, Rhode Island pada 1895 menggunakan bot sepanjang 11 meter. Joshua kembali ke pelabuhan itu 3 tahun 2 bulan kemudian selepas belayar sejauh 64,000 kilometer.
  • Jangan rasa rendah diri kalau anda gagap. Sebenarnya orang gagap pun boleh menjadi pemidato terkenal dunia tau....ingat tuh....PEMIDATO DUNIA OKKKK....Contohnyer Demosthenes (384 - 322 SM). Lelaki Greek yang gagap itu melatih dirinya dengan meletak batu-batu kerikil di dalam mulutnya....eiuwwwww....nasib baik tak tercekik tau supaya mampu bercakap lancar dan kuat. Usaha nyer bukan saja berjaya, malah kemudiannye menjadi salah sorang pemidato yang yang ulung dalam sejarah dunia...amacam? nak try tak?
  • Kebanyakan penduduk Georgia tidak tahu berbahsa Rusia walaupun di situlah lahirnya negarawan mereka, Joseph Stalin. Hal ini menyebabkan warga Rusia dari wilayah lain sukar untuk berbual dengan mereka kerana penduduk Georgia hanya tahu menuturkan bahasa ibunda mereka sahaja, Gruz. Apabila kerajaan Moscow cuba mewajibkan penuturan bahasa Rusia di georgia pada 1977, rakyat wilayah itu bangun memberontak. Akibat nyer rancangan tersebut terpaksa dibatalkan.
  • Abraham Lincoln sudah lama meninggal dunia. Bagaimanapun, penduduk Amerika mendakwa pada malam-malam tertentu akan muncul bayangan sebuah keretapi lama bergerak di landasan merentasi negeri-negeri di negara berkenaan. Dipercayai ia adalah keretapi yang pada April 1865 dulu digunakan untuk membawa mayat bekas Presiden Amerika itu bersama 300 orang keluarga dan teman rapatnya menuju ke Illinois untuk dikebumikan.
  • Ahli-ahli sihir pada zaman pertengahan menggunakan pelbagai cara untuk berhubung dengan orang yang telah meninggal dunia...jeng...jeng...jeng....Ahli-ahli kimia Perancis misalnya mendakwa mereka mampu melakukannya dengan menghasilkan 'roh' melalui darah manusia. Lalu mereka melakukan eksperimen dengan memanaskan darah orang yang telah mati itu pada alat pembakar arang batu. Terdapat beberapa laporan mengatakan memang muncul kepulan asap yang menyerupai imej-imej seperti manusia semasa proses itu dilakukan!
  • Layang-layang sangat popular di Asia sejak ratusan tahun dahulu. Ia bukan sekadar permainan tetapi jugak penting semasa perperangan. Sebagai contoh, kira-kira 900 tahun dahulu kerajaan jepun menggunakan layang-layang untuk menghantar mesej serta makanan kepada tentera dan sekutu mereka yang dikepung musuh. Layang-layang buat pertama kali nya sampai ke barat pada Zaman Pertengahan dan mereka memainkannya dari atas kuda.
  • Orang yang pertama menjejakkan kaki di Iceland ialah pengembara Ireland iaitu pada 795 Sm. Mereka kemudiannya membentuk koloni sendiri, tapi malang tidak bertahan lama. Apabila orang viking sampai ke kawasan yang sejuk melampau iaitu 80 tahun kemudian, koloni bangsa Irish sudah pun lenyap, maka viking lah yang mendapat nama sebagai peneroka asal Iceland..nih lah mcm peribahasa melayu tuh kan..lembu punya susu kerbau dapat nama. Ceh!~
  • Denyutan nadi adalah pentunjuk kepada denyutan jantung. Bagi manusia, bilangan yang normal ialah 70 kali seminit manakala gajah 27 kali.

0 comments: